Monday 11 July 2011

SET BERSALIN NONA ROGUY


Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.  Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.





KHASIAT DAN PENGGUNAAN NYA


PHYTO NATAL

KHASIAT :-
  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
  • Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

Penggunaan :-
Hari ke 4 - 50 
(atau sehingga 100 hari)Kelawasan biasa 
  • makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif ) 
  • makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit) 
  • makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari


AKAR HERBANIKA

KHASIAT :-
  • Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
  • Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
PENGGUNAAN :-
Hari ke 1 - 50
(atau sehingga 100 hari)
 
  • Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4  cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
  • Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam. 
  • Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
HERBANIKA BARUT

MINYAK HERBANIKA BARUT

KHASIAT :-
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
PENGGUNAAN :-
Hari 4 - 40 
  • Krim - boleh terus disapu
  • Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk  Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
  • Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
  • Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke  pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  • Pakailah bengkung.
  • Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
  • Pada waktu petang, bersihkan dan pakai  semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
  • Pakai sepanjang malam.
  • Seeloknya memakai Serbuk Herbanika  Barut pada sebelah pagi dan Krim  Herbanika Barut pada sebelah petang  atau  memilih salah satu.

MINYAK HERBANIKA
KHASIAT :-
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
  • Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah  berjalur.
  • Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan
PENGGUNAAN :-
Hari 1 - 40 
  • Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
  • Boleh digunakan sebagai minyak urut.
Bersalin secara pembedahan 
  • Selama 1 bulan selepas bersalin, hanya  sapukan Minyak herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta  bahagian pinggul. 
Bengkak payudara 
  • Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
  • Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke  kawasan  bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
  • Bersihkan puting sebelum menyusu bayi

UNCANG CUCI HERBANIKA

KHASIAT :-
  • Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
  • Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.
PENGGUNAAN :-
  • Rendamkan 1 - 2 paket Uncang Cuci Herbanika ke dalam 1/2 liter air panas  mendidih. Biarkan sehingga air bertukar menjadi warna kekuningan herba.
  • Kurangkan kepanasan dengan mencampurkan sedikit air paip. Gunakan kapas untuk membersihkan bahagian sulit.
  • Keringkan dan letakkan Minyak Herbanika ke atas pad selama seminggu pertama selepas bersalin. Selepas seminggu (sembuh luka) bolehlah diletakkan Minyak Berubat Mustajab sehingga habis pantang.
  • Gunakan 2 - 3 kali sehari.
HERBANIKA BARUT

KHASIAT :-
  • Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena  varikos dan peluh berbau
  • Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
  • Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik 
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat  saraf serta urat timbul. 
  • Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
PENGGUNAAN :- 
  • 1- 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam
  • Gunakan sebelum mandi. Lulurkan pada seluruh badan. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki dan tangan, lengan dan belakang.

1 comment:

parkskahle said...

Casino Games at Oasis in New Orleans - Mapyro
The casino offers its guests a fun way to play slots, table games, and live 강릉 출장마사지 entertainment at your favorite 사천 출장마사지 casino 충주 출장마사지 in 계룡 출장샵 New Orleans. 광주광역 출장마사지